|
|
| |
|
 |
 |
| |
|
|
Rumah PERMATA
dan Pusat Perkhidmatan PERMATA telah dapat dikendalikan
dengan jayanya. Pusat Perkhidmatan PERMATA mula
beroperasi pada akhir tahun 2004 dan pelbagai jualan
barangan berupa cenderamata, perkhidmatan salun
kecantikan dan jualan makanan juga disediakan.
Gambar di sebelah kanan menunjukkan EXCO PERMATA bagi sesi 2006-2008
Duduk dari kiri terdiri daripada Pn. Amalina Abdullah, Prof. Madya Dr. Khalthum Hashim, Prof. Madya Dr. Fauziah Othman,
Pn. Siti Rozana Supian dan Prof. Madya Dr. Hjh. Fatimah Dato Ahmad
Manakala berdiri dari kiri pula terdiri daripada Pn. Fatimah Zahrah @ Aishah Amran,
Pn. Rohani Ahdirin, Pn. Hjh. Norlidar Hj. Mohd. Adnan, Pn. Suraini Said dan
Pn. Siti Eshah Othman
|
|
|
::
Makluman Ahli PERMATA
:: |
|
|
Sambutan Hari
Raya Aidiladha dan keputusan Anak Cemerlang akan
diadakan pada 20 Januari 2006. Tempat belum diputuskan
lagi. |
|
|
|
|
::
Semarak Batik
:: |
|
|
Semarak Batik Semerbak
Budaya |
|
Anjuran
bersama UPM, PERMATA dan MAKNA bermula dari 13 Julai
sehingga 26 Julai 2005. Antara aktiviti yang diadakan
dari 13 hingga 25 Julai ialah Pameran Batik yang
bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Abdul
Aziz Shah, UPM. Acara penutup makan malam akan diadakan
pada 26hb Julai 2005 di Hotel Berjaya Times Square,
Kuala Lumpur di samping mengutip derma untuk MAKNA.
Acara akan dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun
Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd. Ali. |
|
|
|
|
::
Penglibatan PERMATA dalam 'Program Nur Menara'
:: |
|
|
PERMATA telah
diberi kepercayaan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat untuk menjalankan aktiviti 'Nur
Wanita Bestari'. PERMATA telah diberi peruntukan
sebanyak RM44,100.00 untuk mengadakan tiga seminar iaitu
pada bulan Disember 2004, Jun 2005 dan September 2005.
Kumpulan sasaran projek ini khas untuk wanita, remaja
wanita dan keutamaan untuk mereka yang berpendapatan
rendah. Objektif projek ini untuk mendekatkan wanita
kepada kehidupan di menara ilmu disamping membuka minda
wanita terhadap pentingnya ilmu dalam kehidupan. |
|
|
|
|
|