MENU UTAMA PROFIL JALINAN KASIH SINAR PERMATA AKTIVITI HUBUNGI KAMI
 
  Utama >> Sinar PERMATA >> Sudut Sahabat Wanita  
     
 

Setiap orang pasti ingin berjaya dalam hidup. Yang membezakan dari seorang individu dengan seorang individu yang lain ialah tahap keinginannya dan prioriti masing-masing. Bagi seorang wanita pula, suasasnanya agak rumit sedikit, memandangkan wanita perlu menangani pelbagai peranan terutama apabila telah bermahtangga dan mempunyai anak. Peranan-peranan sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja perlu ditangani dengan baik supaya seorang wanita itu dapat menyeimbangkan peranan beliau.

Kerapkali kita diberitahu, tempat dan peranan yang terbaik untuk seorang wanita adalah di rumah sebagai surirumah. Kita tidak menafikan mungkin inilah peranan yang terbaik untuk seseorang wanita, tetapi kita juga perlu mengkaji mengapa juga kita perlu bekerja. Kebanyakan dari kita bekerja untuk menabur bakti kepada komuniti yang telah menyumbang terhadap biasiswa yang kita nikmati ketika mengejar ilmu pengetahuan. Sesetengah dari kita pula bekerja untuk menyumbang terhadap peningkatan ekonomi rumahtangga. Tidak kurang juga wanita yang bekerja kerana ingin menggunakan masa yang ada dengan menyumbang terhadap peranan utamanya sebagai seorang isteri dan ibu. Perkara ini dapat dihindari dengan pembahagian masa yang cekap. Seseorang wanita menghabiskan masa selama 8 jam di pejabat memainkan peranan sebagai pekerja. Apabila beliau pulang dari kerja, ia mempunyai lebih kurang 4 jam bersama suami dan anak-anak. Disini bukannya kuantiti masa yang penting, tetapi kualitinya. Ini berlaku pada hari-hari bekerja, tetapi pada hujung minggu, wanita dapat menumpukan lebih masa terhadap keluarga dan disinilah yang perlu seseorang wanita menikmati peranan beliau sebagai seorang isteri dan ibu yang disayangi. Disinilah seorang wanita itu perlu pandai mengambil hati suami dan anak-anak dengan memasak makanan yang digemari mereka serta melayan suami dan anak-anak denga penuh kemesraan dan kasih sayan gsupaya kehidupan rumahtangga penuh dengan keharmonian. Ini amat bermakna kerana dengan adanya keharmonian rumahtangga akan membolehkan seseorang itu bertugas dengan baik di pejabat, sesuai dengan kenyataan "Keluarga bahagia, Organisasi berjaya".

Sebagai kesimpulan, amatlah penting bagi seseorang wanita itu mengimbangi peranan beliau sebagai seorang isteri, seorang ibu s erta sebagai seorang pekerja. Sekiranya ini dapat dicapai, dunia ini akan menjadi tempat yang lebih baik untuk kita semua.

 

 
 

 

 
     
     
     
     
     
     
     
     
     

MENU

   
SUDUT PETUA
SUDUT MUTIARA ISLAM
SUDUT SAHABAT WANITA
SUDUT SAJIAN
SUDUT KESIHATAN
 

AKTIVITI 2004 - 2005

   
Lawatan Balas Dharma Wanita UGM Jogjakarta
Majlis Salam Assyura UPM
Mesyuarat Agung Tahunan
Tabung Bencana Tsunami
 

..lain-lain aktiviti

   

DOWNLOAD

   
BORANG KEAHLIAN PERMATA
FASAL PERLEMBAGAAN
ADOBE READER
   

HUBUNGI KAMI

 
RUMAH PERMATA
KOLEJ MOHAMAD RASHID
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, UPM SERDANG,
SELANGOR
 

TEL : 03 - 8946 7301 ( Pn. Noorul)

EMAIL : aar@admin.upm.edu.my

 
PAPARAN TERBAIK DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
 
 
COPYRIGHT© PERSATUAN WANITA, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA