PERMATA ialah singkatan nama bagi
bagi Persatuan Wanita Universiti Putra Malaysia yang
memberi peluang keanggotaan kepada semua kakitangan wanita dan isteri
bagi kakitangan lelaki di UPM.
Matlamatnya ialah untuk menjalin
hubungan dan kerjasama di antara ahli-ahli dan juga dengan badan-badan
lain melalui pelbagai aktiviti sosial dan kebajikan yang selaras dengan
kemampuan wanita bagi membantu meninggikan imej institusi dan negara.
Persatuan
ini juga diharap dapat menimbulkan kesedaran di kalangan ahli akan
kepentingan peranan dan tanggungjawab wanita dalam memberi sumbangan ke
arah perkembangan dan kemajuan universiti seiring dengan wawasan yang
telah ditetapkan.
Sejajar
dengan matlamat yang dirancang, diharap perlantikan Ahli Jawatankuasa
kerja PERMATA 2002-2004 dalam menerajui persatuan di bawah naungan Y.
Bhg. datin Umi Kalson Hussain iaitu isteri Naib Canselor UPM, Y. Bhg.
Dato' Ir. Mohd. Zohadie Bardaie ini kelak diharap dapat bergerak lebih
aktif melalui penjanaan aktiviti yang relevan dengan kehendak ahli dan
senario semasa.
Sejajar
dengan matlamat yang murni diharapkan lebih ramai lagi kakitangan wanita
dan isteri kakitangan lelaki universiti dapat menyertai PERMATA.
Pelbagia aktiviti yang telah dirancang untuk faedah bersama dan segala
aktiviti tersebut tidak mungkin dapat dijalankan jika tidak disertai
oleh anda semua!
Kepada semua
kaum wanita universiti, PERMATA adalah saluran terbaik dalam
memperkasakan wadah perjuangan. Sinarilah PERMATA anda!!
|