|
Oleh kerana
program ini merupakan program sulung maka pelajar-pelajar yang bakal
mewarnai program ini dipilih daripada kalangan pelajar-pelajar yang baru
menjejakkan kaki ke UPM pada sesi kemasukan Mei 2002.
Pemilihan pelajar-pelajar tidak
terbatas pada keturunan, agama dan negeri asal kerana kriteria pemilihan
lebih ditumpukan kepada mereka yang berasal dari keluarga yang
berpendapatan rendah, mempunyai ramai adik-beradik, yatim, berasal dari
luar bandar dan jauh dari UPM seperti Sabah dan Sarawak, serta pelajar
istimewa.
Program Jalinan Kasih PERMATA adalah
sebuah program Keluarga Angkat Pelajar UPM yang akan dijalankan oleh
Persatuan Wanita UPM (PERMATA) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal
Pelajar UPM. Penaung program tersebut ialah yang Berbahagia Datin Seri
Fauziah Shaharom, isteri Menteri Pendidikan sementara Penaung Kehormat
ialah Yang Berhormat Datuk Sharizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita
dan Keluarga.
Manakala keluarga angkat pula
digalakkan daripada kalangan staf yang sedang berkhidmat, telah bersara
dan ahli Alumni UPM yang mempunyai latar belakang yang baik. Program ini
memerlukan wujudnya perhubungan antara anak dan keluarga angkat yang
sentiasa akur dengan undang-undang negara dan agama supaya perhubungan
ini kelak tidak mendatangkan kesan negatif.
Program ini akan dijalankan sepanjang
masa pelajar mengambil pengajian di UPM. Walaubagaimana pun, pelajar dan
keluarga angkat berhak untuk menamatkan jalinan ini pada bila-bila masa
jika dirasakan perlu. PERMATA berharap agar hubungan yang baik akan
dapat diteruskan sehingga pelajar tamat pengajian supaya kejayaan
program ini dapat dinikmati bersama. Kedua-dua pihak akan terikat dan
dipantau sepanjang tempoh pelajar tersebut masih menuntut di UPM.
|