MENU UTAMA PROFIL JALINAN KASIH SINAR PERMATA AKTIVITI HUBUNGI KAMI
 
 

Utama >> Jalinan Kasih >> Aktiviti

 
     
 

Bagi mewujudkan perhubungan yang baik, kedua-dua pihak terbabit digalakkan mengadakan pelbagai aktiviti bersama yang berpotensi untuk menjana kemesraan kekeluargaan. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah jamuan dan riadah bersama dengan keluarga dan anak angkat. Aktiviti ini boleh dilaksanakan bersama ahli keluarga pada hujung minggu, cuti semester dan semasa perayaan.

Keluarga angkat perlu memberi perhatian, nasihat, kasih sayang dan sokongan lain yang diperlukan. Di samping itu, keluarga angkat digalakkan memberi pendedahan tentang peluang kerjaya, pembentukan kemahiran tertentu, nilai murni dan sahsiah yang baik serta meningkatkan motivasi anak angkat.

Jika berpeluang, keluarga angkat digalakkan menziarahi keluarga asal anak angkat kerana jalinan kemesraan akan lebih kukuh jika kedua-dua pihak saling mengenali.

Bagi menjamin pencapaian matlamat program ini, PERMATA berharap pihak keluarga angkat mengutamakan keikhlasan dalam setiap komitmen yang diberikan Kejayaan program ini sangat bergantung pada komitmen padu daripada semua pihak yang terlibat.

 

 
     

   
 
 
 
  a. Bilangan Peserta    
    PERMATA telah mengambil kumpulan ketiga Anak Didik dan Keluarga Didik pada pengambian Mei 2004/2005. Seramai 42 keluarga Didik dan 49 orang pelajar telah menyertai program tersebut. Majlis penyerahan telah diadakan pada 10 Disember 2004.  
     
 
 

KUMPULAN

KELUARGA DIDIK

ANAK DIDIK

 
  Pertama 2002 55 66  
  Kedua 2003 28 31  
  Ketiga 2004 42 49  
 
 

Jadual 1: Program Jalinan Kasih

 
     
 
b. Prestasi Pelajar
  Pencapaian akademik anak didik menunjukkan 93% hingga 96% pelajar telah mendapat CGPA 2.5 keatas dan 60% daripadanya mendapat CGPA 3 keatas.
 
     
 
KEPUTUSAN AKADEMIK CGPA ANAK DIDIK KUMPULAN PERTAMA ANAK DIDIK KUMPULAN PERTAMA
  SEM MEI 2002/03 SEM MEI 2004/05 SEM MEI 2003/04 SEM MEI 2004/05
>=3.5 7 14 8 6
2.95 - 3.44 25 25 13 15
2.45 - 2.94 27 23 6 6
=<2.4 7 4 4 2
Jadual 2 : Pencapaian Keputusan Akademik
 
     

MENU

   
PENYERTAAN
AKTIVITI
BORANG PERMOHONAN ANAK  ANGKAT
URUSETIA
 

AKTIVITI 2004 - 2005

   
Lawatan Balas Dharma Wanita UGM Jogjakarta
Majlis Salam Assyura UPM
Mesyuarat Agung Tahunan
Tabung Bencana Tsunami
 

..lain-lain aktiviti

   

DOWNLOAD

   
BORANG KEAHLIAN PERMATA
FASAL PERLEMBAGAAN
ADOBE READER
   

HUBUNGI KAMI

 
RUMAH PERMATA
KOLEJ MOHAMAD RASHID
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, UPM SERDANG,
SELANGOR
 

TEL : 03 - 8946 7301 ( Pn. Noorul)

EMAIL : aar@admin.upm.edu.my

 
PAPARAN TERBAIK DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
COPYRIGHT© PERSATUAN WANITA, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA