MENU UTAMA PROFIL JALINAN KASIH SINAR PERMATA AKTIVITI HUBUNGI KAMI
 
  Profil > Kata Aluan > Presiden PERMATA  
 

 

 
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Staf wanita Universiti Putra Malaysia membentuk separuh daripada semua warga kerja universiti. Mereka merupakan aset yang amat bernilai dan tenaga penggerak utama universiti dalam mencapai lapan matlamat yang telah dirangka. Isteri staf pula memberi sumbangan dalam menyediakan institusi kekeluargaan yang stabil dan harmoni serta memberi sokongan untuk meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan suami mereka di UPM.

 

 
 

Kedua-dua kumpulan wanita ini adalah ahli Persatuan Wanita Universiti Putra Malaysia atau PERMATA. Ahli staf wanita PERMATA terdiri daripada mereka yang menjawat pelbagai peringkat jawatan seperti staf sokongan, pensyarah serta pegawai pentadbir dan pengurusan. PERMATA merupakan wadah untuk ahli berinteraksi, menjalin kerjasama, mendapat maklumat serta kesedaran mengenai hak dan kepentingan mereka, sejajar dengan keperluan dan kemajuan universiti.

Aktiviti yang dijalankan untuk ahli termasuk ceramah, kursus, sukan, lawatan, kebajikan, kerohanian dan keusahawanan. PERMATA juga menganjurkan Program Jalinan Kasih sebagai usaha membantu universiti dalam pembentukan sahsiah dan kecemerlangan akademik pelajar. Dalam program ini staf, alumni dan pesara UPM menjadi keluarga angkat bagi pelajar universiti. PERMATA juga mengeluarkan buletin Sinar PERMATA khas untuk ahli secara berkala.

Kesemua aktiviti ini memerlukan sokongan dan komitmen semua ahli. Sehubungan dengan itu, saya ingin menjemput lebih ramai staf wanita dan isteri staf untuk menjadi ahli dan menyumbang bakti untuk tujuan kebajikan, sosial dan mengeratkan slilaturrahim serta untuk meningkatkan imej PERMATA.

Sekian.
BERBAKTI BERKETRAMPILAN

PROF JINAP SELAMAT, PhD
Presiden
Persatuan Wanita Universiti Putra Malaysia (PERMATA)

 

 
     
     
     
     
     
     
     
     
     

MENU

   
KATA ALUAN
  PRESIDEN PERMATA
  PENAUNG PERMATA
RASIONAL LOGO
PERLEMBAGAAN
AHLI
AJK
 

AKTIVITI 2004 - 2005

   
Lawatan Balas Dharma Wanita UGM Jogjakarta
Majlis Salam Assyura UPM
Mesyuarat Agung Tahunan
Tabung Bencana Tsunami
 

..lain-lain aktiviti

   

DOWNLOAD

   
BORANG KEAHLIAN PERMATA
FASAL PERLEMBAGAAN
ADOBE READER
   

HUBUNGI KAMI

 
RUMAH PERMATA
KOLEJ MOHAMAD RASHID
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, UPM SERDANG,
SELANGOR
 

TEL : 03 - 8946 7301 ( Pn. Noorul)

EMAIL : aar@admin.upm.edu.my

 
PAPARAN TERBAIK DENGAN RESOLUSI 1024 X 768
 
 
COPYRIGHT© PERSATUAN WANITA, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA